Kami memulakan acara hari kedua dengan mengunjungi Sekolah Rendah Lambak Kanan. Kedatangan kami telah disambut dengan meriah sekali. Kami telah berpeluang untuk menyaksikan upacara menaikkan bendera pada pagi itu. Setelah itu, kami telah dibawa melawat sekeliling sekolah tersebut. Para pelajar telah berpeluang mengenali pasangan mereka dari Sekolah Rendah Lambak Kanan.
Setelah makan tengah hari, kami telah pergi ke kilang ambulong. Ambulong juga dikenali sebagai sagu. Kami dapat melihat bagaimana pokok rumbia telah diproses untuk dijadikan sagu. Setelah itu, kami telah singgah sebentar ke Istana Nurul Iman untuk sesi bergambar. Kami sangat bertuah kerana dapat melihat Sultan Brunei yang baru keluar dari istana tersebut dari jarak jauh.
Kami juga telah singgah ke Masjid Jame’s Asr Hassanal Bolkiah untuk mengerjakan solat Asar dan juga melihat seni bina masjid tersebut. Kami juga berpeluang untuk pergi ke Tamu@Gadong. Tamu@Gadong adalah seperti pasar malam. Kami dapat melihat pelbagai jenis barang yang dijual di sana. Setelah berjalan-jalan di Tamu@Gadong, kami pun pulang ke hotel untuk berehat.
Inilah gambar-gambar untuk hari kedua.
Di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Upacara menaikkan bendera
Bersama guru-guru dan para pelajar di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Sesi taklimat.
Bersama pasangan masing-masing.
Lawatan di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Aktiviti di dalam bilik darjah.
Makanan masyarakat Brunei.
Merasa makanan masyarakat Brunei.
Di kilang ambulong.
Sultan Brunei yang baru keluar dari Istana Nurul Iman.
Di hadapan Istana Nurul Iman.
Di Masjid Jame’s Asr Hassanal Bolkiah.
Sesi makan malam…
Di Tamu@Gadong.
Program hari kedua di Brunei sangat padat. Para pelajar berasa seronok semasa berada di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Coretan para pelajar...
Taufik: Saya berasa sangat gembira dapat bersarapan di hotel bersama rakan-rakan.
Putri Nadrah: Saya telah mempelajari bahawa ulat sagu itu boleh dimakan setelah direbus.
Muhd. Haikal: Saya berasa sangat gembira dapat pergi ke Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Haziq Rayyan: Saya berasa sangat gembira dapat bergaul dengan murid-murid di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Nur Humairah: Tempat yang paling menarik pada hari ini ialah Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 kerana sekolah itu besar.
Ilhan: Saya berasa sangat gembira dapat melihat beberapa ekor kuda di Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49.
Nafiis: Saya terkejut apabila melihat ulat sagu.
Nur Khalisah: Saya telah mempelajari cara-cara membuat ambuyat, makanan tradisional orang-orang Brunei.
Tiara: Saya telah mempelajari cara memproses sagu.
Balqis: Saya terkejut apabila melihat ulat sagu.
Setakat di sini sahaja buat hari ini. Esok ialah hari terakhir kami di Brunei.
No comments:
Post a Comment