Kami telah tiba di Bandar Seri Begawan pada pukul 2.25 petang. Destinasi pertama kami ialah Kampung Ayer. Kampung Ayer ialah sebuah perkampungan air yang terbesar di Asia Tenggara. Di Kampung Ayer ini, kami berpeluang untuk merasa kuih-muih tradisional orang-orang Brunei seperti bahulu, selurut, kuih apam dan deram-deram. Setelah itu, kami telah singgah ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin untuk melihat seni bina masjid tersebut. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ini menjadi lambang kebanggaan bagi umat-umat Islam di negara Brunei. Sebelum pulang ke hotel, kami telah makan malam di sebuah restoran yang terletak di persisiran laut.
Di hotel, guru-guru telah memberikan taklimat untuk acara pada esok hari. Kami juga telah membuat latihan kecemasan. Acara taklimat ialah acara yang terakhir untuk hari pertama kami di bandar Brunei. Setelah itu, kami pun bersurai ke bilik masing-masing.
Silalah lihat gambar-gambar di bawah yang mempamerkan pengalaman kami di Brunei pada hari pertama.
Di Lapangan Terbang Changi sebelum kami berlepas ke Brunei.
Murid-murid sedang meneliti buku catatan mereka.
Murid-murid mendengar taklimat guru.
Menaiki bot untuk menuju ke Kampung Ayer.
Salah sebuah sekolah di Kampung Ayer.
Rumah-rumah di Kampung Ayer.
Rumah kelahiran Sultan Brunei pada ketika dahulu.
Balai polis yang terdapat di Kampung Ayer.
Surau di Kampung Ayer.
Di salah sebuah rumah di Kampung Ayer. Di sinilah, kami dapat merasa
kuih-muih tradisional orang-orang Brunei.
Masa untuk merasai kuih-muih…Jemput!!
Senyum…
Hmm…sedapnya!
Menikmati kuih-muih tradisional masyarakat Brunei.`
Tidak lupa juga, secawan teh panas yang telah disediakan.
Senyuman yang lebar…
Balai bomba di Kampung Ayer.
Berlatar belakangkan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang tersergam indah.
Bergambar di bahtera yang terdapat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Makan malam di sebuah restoran.
Enak sungguh makanan yang disajikan pada malam ini!
Amboi, kenyangnya perut kami semua!
Coretan para pelajar...
Hasan: Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi ke Kampung Ayer.
Nur 'Alyssa: Banyak yang saya pelajari tentang kehidupan di Brunei.
Huda Nur Irdina: Saya terkejut apabila saya masuk ke dalam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin kerana masjid tersebut berhawa dingin.
Ashatur: Saya bersyukur kerana dapat menaiki kapal terbang bersama rakan-rakan dan guru-guru saya.
Siti Nur Natasha: Saya dapat melihat tempat lahirnya Sultan Hassanal Bolkiah.
Farahtul Athirah: Saya gembira kerana dapat mengerjakan solat di Masid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Dina Aliyyah: Saya berasa terkejut apabila ternampak banyak rumah-rumah kampong dibina di atas air.
Sarah Alynna: Saya terkejut apabila saya terlihat seekor monyet di sebuah rumah di Kampung Ayer.
Nabil: Saya telah mempelajari tentang Sultan Brunei dan budaya orang-orang di sini.
Hana Natisha: Saya terkejut apabila terlihat seekor biawak di Kampung Ayer.
Rafiqa: Saya telah mempelajari bahawa tempat lahir Sultan Hassanal Bolkiah adalah di Kampung Ayer, di sebuah rumah yang kelihatan biasa-biasa sahaja.
Sarah Sufyan Furtado: Saya telah mempelajari tentang kuih-kuih tradisional orang-orang Brunei.
Lutfi Dini: Saya telah mempelajari tentang pekerjaan orang-orang Brunei.
Setakat di sini sahaja buat hari ini. Acara-acara yang menarik menanti kami pada esok hari.
No comments:
Post a Comment